Hi korang!!! Selamat datang ke blog aku. Aku harap korang baca entri aku dengan tenang dan santai. Selamat Membaca!!!

disabled right-click

Kelebihan madu



Hello,hello. Apa khabar korang! I`m Back! Aku tak tau lah da berapa kali aku guna ayat ni. Kali ni aku nak bagitau korang tentang kelebihan madu. Ambil perhatian, kelebihan madu dan bukan kelebihan bermadu yer! LOL


Antara kelebihan madu ialah:

·         Madu lebah merupakan ubat yang telah digunakan sejak beberapa abad yang lalu untuk merawat penyakit. Antaranya ulser, pengelupasan, jangkitan mata, tekak, penyembuhan luka, dan batuk.


·         Kajian yang dijalankan oleh U.S. Department of Agriculture mendapati madu lebah terbahagi 7 warna asas iaitu putih, kuning cair, kuning pekat/jingga, oren kecoklatan, coklat dan hitam. Namun warna madu lebah bukanlah petunjuk tepat bagi menguji gred madu kerana dipengaruhi oleh jenis dan ciri sesuatu bunga yang mempunyai kandungan mineral dan komponen organic tertentu di dalamnya.





·         Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tetaplah kamu dengan dua penyembuhan iaitu madu dan al-Quran.”(Riwayat Ibn Majah)



Ini menunjukkan betapa mujarabnya madu itu dengan izin Allah.



·         Kandungan madu terdiri daripada air, gula (fructose, sucrose, glucose, maltose), vitamin (B1, B2, B5, B6, C), mineral (kalsium, natrium, fosforus, besi, magnesium dan mangan), dan enzim berupa diastase.



·         Kandungan penting enzim diastase dan invertase pada madu sangat berguna untuk mengurai pati, protein dan glucose. Mineral penting yang tersusun dalam madu juga mendekati kadar yang ada dalam darah manusia.





·         Kelebihan madu berbanding gula biasa ialah ia tidak mengganggu selaput dinding system penghadaman, mudah diasimilasikan badan, membekalkan tenaga yang diperlukan dengan cepat, membantu memulihkan tenaga ahli sukanyang keletihan dengan cepat, dan melawaskan pembuangan air besar.



·         USM dengan kerjasama FAMA membuat 20 kajian terhadap madu Tualang. Hasil kajian tersebut mendapati ia memberi kesan positif kepada tubuh manusia seperti berupaya melewatkan menopous dalam kalangan wanita berusia, merawat diabetes, menguatkan tulang dan meningkatkan hormone dalam tubuh wanita.




·         Secara umumnya, madu dapat dimanfaatkan sebagai makanan kesihatan semula jadi, meningkatkan stamina tubuh, sumber vitamin, antibakteria, merawat kulit, batuk, lelah, mengatasi kejang otot, insomnia dan banyak lagi.



::: thanx 4 reading my entry! :::

Dialog antara Nafsu dan Iman




Nafsu: Kalau kau tak couple, sampai bila pun tak jumpa jodoh hoi!

Iman: Orang dulu-dulu tak couple pun, kahwin je? Cuba tengok datuk nenek kita dulu, mana ada nak sibuk-sibuk bercouple ni. Akhirnya bahagia jugak. Sampai ke anak cicit lagi!

Nafsu: Tu orang dulu-dulu Man, kau jangan nak banding zaman dulu dengan sekarang. Dulu kuno, mana ada nak romantik-romantik ni! Kau tengok budak sekarang ni, bahagia je mereka. Kat Mid Valley berdua, kat UNIELSE berdua, kat meja study berdua, makan pun bak candle light dinner ! Euww, romantisnya anak-anak zaman sekarang. Jealousnya! Man, cakap je lah yang kau jealous kan, kan, kan?Hahaha…


::: thanx 4 reading my entry! :::

Novel Cabul

Korang mesti suka baca novel,betul tak? Korang tau tak novel yg korang baca kadang2, DIULANGI KADANG-KADANG hanya layak dibawa ke tong sampah? Kenapa? Kerana ada novel2 yg kandungannya agak bertentangan dgn nilai2 Islam. Memang tak dinafikan membaca novel itu bagus untuk menyemai sikap membaca tetapi adakah kandungan novel tersebut sesuai untuk pembacaan umum? Aku selalu baca novel kat library sekolah aku(pegawai penapis novel baru di library aku la kononnya) dan beberapa novel yg agak cabul jalan ceritanya. Apa ni? Kadang2 tu kandungan kuning diagung-agungkan dan seperti yg aku tulis tadi,bertentangan dgn nilai Islam. Konon mencari cinta sejati, siapa yg patut kita cintai sebenarnya? Allah atau makhluk? Korang bacalah artikel di bawah ini yer...( diharap tak de yg terasa dgn entri kali ni)


::: thanx 4 reading my entry! :::

Dialog moden lagi berpahala menyebutnya

INGAT ALLAH NESCAYA ALLAH AKAN INGAT KPD KITA

Korang tau x dialog yg korang selalu ungkapkan tak kira kpd sesiapa kadang2 boleh menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan kwn? So,apa kata kita tukar dialog yg korang selalu ungkapkan ni dgn alternatif yg lebih baik:

1.Perh...gempak siot...      kepada       Subhanallah...
2.OMG(oh my god)          kepada       Ya Allah...
3.Terbaek...                       kepada        Alhamdulillah...
4.Ok...orait...                     kepada         Insha-Allah
5.Cilakak...                        kepada       Masha-Allah
6.Alamak,lupa plak...        kepada       Allahumassolli `ala Muhammad...
7.Arghhh...pening...          kepada       Astaghfirullah
8.Eeee...teruknya...           kepada       Na`uzubillah...
9.Opocot...                        kepada       Allahu akbar...
10.Hek eleh...                   kepada        La ilaha illallah


Mudah bukan? Betulkan yg biasa,biasakan yg betul. Semoga kita beroleh berkat-Nya di dunia dan akhirat Insha-Allah



::: thanx 4 reading my entry! :::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...